Mahathir sengaja komen kontroversi untuk tarik perhatian rakyat Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kenyataan kontroversi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konflik keagamaan di Perancis disifatkan sebagai sengaja untuk menarik perhatian masyarakat di Malaysia.

Ahli akademik Perancis, Sophie Lemiere berkata kenyataan ‘provokasi’ itu memang bertujuan untuk mencipta kontroversi bagi membolehkan perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepadanya.

Sophie yang mengkaji politik kontemporari Malaysia terutama yang melibatkan Mahathir sejak beberapa tahun lalu berkata ahli parlimen Langkawi itu sememangnya seorang yang gemar mencipta kontroversi demi kepentingan politiknya di negara ini.

“Mahathir suka kontroversi. Itu memang ‘makanan’ dia.

“Mahathir telah menubuhkan sebuah parti baru pada bulan Ogos lalu (Pejuang) dan berusaha menarik ahli baru daripada parti-parti konservatif Melayu-Islam yang lain,” katanya.

Sophie yang sedang menulis mengenai biografi politik baru Mahathir berjudul, “The Last Game: Malaysian Politics in the Eye of Mahathir”, turut mendakwa komen Mahathir itu sebenarnya merupakan batu loncatan dalam keperluan politik tempatannya.

Semalam, Mahathir melalui laman blognya berkata masyarakat Islam mempunyai hak untuk membunuh orang Perancis kerana kekejaman yang pernah mereka lakukan.

Kenyataan tersebut kemudiannya dihapuskan oleh pihak Twitter kerana disifatkan sebagai terlalu sensitif dan mengagungkan keganasan.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru sekolah di Perancis, Samuel Paty dibunuh dengan kejam apabila kepalanya dipenggal oleh seorang lelaki Rusia berketurunan Chechen pada 16 Oktober lalu.

Guru terbabit sebelum itu menunjukkan karikatur didakwa Nabi Muhammad SAW yang menyebabkan 12 orang dibunuh dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo pada 2015.

Macron bagaimanapun mempertahankan tindakan guru berkenaan, sehingga menyebabkan protes besar-besaran di kebanyakan negara Islam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat