Risiko Masih Ada Di Penghujung Kuarantin

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Sebanyak 75 peratus pesakit Covid-19 didapati positif pada hari pertama menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, baki 25 peratus lagi didapati positif Covid-19 pada hari ke-13 sekali gus menunjukkan bahawa masih terdapat risiko untuk dikesan positif pada hari-hari terakhir kuarantin.

Jelas beliau, individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 wajib mematuhi tempoh kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan walaupun keputusan saringan pertama didapati negatif.

“Jika (pesakit) menjalani ujian pertama dan didapati negatif, kemungkinan mereka didapati positif pada hari-13 ada iaitu lebih kurang 25 peratus.

“Justeru, pentingnya menjalani kuarantin wajib dan HSO selama 14 hari supaya mereka yang dikesan sebagai kontak rapat tidak terlepas kerana dalam tempoh tersebut kebolehjangkitan masih ada,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keperluan menjalani ujian kedua dalam tempoh kuarantin 14 hari pada sidang akhbar secara maya di Facebook Live Kementerian Kesihatan semalam.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat ialah mereka yang didapati terdedah kepada kes positif jika didapati bersalaman atau menyentuh pesakit tanpa menggunakan pelindungan.

“Kontak rapat juga adalah individu yang berada kurang dari satu meter dan jika pesakit bersin dalam jarak dekat dengan mereka.

“HSO akan dikeluarkan kepada kontak rapat dan mereka dikehendaki memakai gelang kuarantin selain turut dinasihatkan supaya memantau kesihatan melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.-K!ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat