Najib Kongsi Pautan Kempen Siasat Bekas Menteri Oleh Bekas Sekutu Sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Lanjutan dari pendedahan sebuah portal berita semalam mengenai dakwaan campur tangan seorang bekas Menteri dalam soal penarikan balik pembekuan akaun bank seorang ‘taikun’ dalam siasatan SPRM berkaitan 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi satu pautan mengenai kempen sayap pemuda sebuah parti politik untuk menyiasat bekas Menteri berkenaan.

Kata Najib dalam hantaran di laman Facebooknya berkaitan perkara itu:-

“Ini ARMADA PPBM yang buat.

Bukan saya atau UMNO.

Jangan salahkan kita pulak.”

Hantaran ini mungkin ada kaitan dengan modus operandi penyokong pembangkang sebelum ini yang sengaja mengaitkan UMNO dalam apa jua bentuk siasatan yang mungkin dikenakan ke atas pemimpin mereka.

Memandangkan kempen untuk menyiasat pemimpin pembangkang yang berkenaan dimulakan oleh bekas sekutu mereka sendiri dalam pakatan yang membentuk kerajaan terdahulu, Najib mungkin mengambil kesempatan dengan posting terbaru ini untuk menjarakkan UMNO dan beliau sendiri daripada sebarang kaitan sekiranya tindakan benar-benar dikenakan ke atas pemimpin yang berkenaan nanti.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat