Wanita Jual Suami Di eBay Dengan Harga Serendah RM85

SEORANG wanita di Jerman telah menyenaraikan suaminya di portal beli-belah atas talian, eBay pada harga serendah €18 (RM85).

Wanita berusia 40 tahun dari Hamburg yang dikenali sebagai ‘Dorte L’ itu berkata, dia mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun tetapi akhirnya menyedari bahawa ‘sudah cukup sudah’.

Iklan tersebut berjudul ‘Suami, sudah digunakan’ turut disertakan dengan deskripsi: “Kepada wanita yang mungkin berminat.

“Selama dua hari pertama Krismas, saya menyedari bahawa kami tidak lagi patut bersama. Saya ingin melepaskan suami saya.

“Saya gembira untuk berunding tentang harga tetapi tidak boleh ditukar. Sila hantar pertanyaan kepada saya melalui e-mel.”

Bercakap kepada Hamburger Abendblatt, dia berkata suaminya tidak menyedari kewujudan iklan itu sehingga akhbar tersebut menulis tentangnya.

Wanita terbabit berkata: “Iklan itu diterima dengan baik. Saya mendapat banyak maklum balas positif dan seseorang menghantar saya banyak emotikon smiley.

“Saya tidak mahu membuat drama berhubung perkara ini, ia sekadar untuk suka-suka.” – Lad Bible

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.