Zainal Abidin Sah Jurulatih Selangor

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengesahkan bekas pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan, dilantik ketua jurulatih Selangor yang baharu berkuat kuasa esok dengan kontrak dua tahun.

 

Perkembangan terbaharu itu disahkan Setiausaha Agung FAS, Mohd Rosman Ibrahim, menerusi satu siaran media rasmi FAS, sebentar tadi.

 

Rosman berkata, Zainal akan memulakan tugas mengemudi pasukan Selangor pada 5 Januari ini.

 

“Kita berharap pelantikan Zainal dapat meningkatkan prestasi dan keupayaan barisan kejurulatihan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya.

 

Pada masa sama, FAS turut mengesahkan sudah menandatangani bekas penyerang PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh, selaku pemain import ketiga Selangor. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.