Tikus : Air India Patah Balik

MUMBAI – INDIA. Pesawat Air India dalam perjalanan ke London berpatah balik ke Mumbai selepas penumpang menjumpai tikus di dalam kabin pesawat tersebut, rabu lalu.

 

Jurucakap Air India Penerbangan AI 131 berkata, pesawat berkenaan telah diperiksa dan kehadiran tikus dalam pesawat itu akan disiasat.

 

“Walaupun, masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat tikus di dalam pesawat itu, namun keputusan untuk berpatah balik adalah salah satu langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan penumpang,’ katanya.

 

Sebelum ini, insiden berkaitan tikus di dalam pesawat milik Air India bukanlah pertama kali dilaporkan.

 

Julai lalu, pesawat milik syarikat itu ketika dalam penerbangan ke Milan turut berpatah balik ke New Dehli, lapor BBC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.