Program Kuala Lumpur Berselawat, Meriah

KUALA LUMPUR – Suasana di Dataran cukup meriah dengan sambutan program ‘Kuala Lumpur Berselawat, Wilayahku Ceria’ di Dataran Merdeka di sini.

 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam ini turut sama menyertai program ini bersama ribuan warga kota tiba pada jam 8 malam dan turut menunaikan solat Isyak secara berjemaah bersama orang ramai.

 

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.