Perkhidmatan Kaunter Imigresen Ditutup Tiga Hari Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan kaunter Jabatan Imigresen di seluruh negara kecuali Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan ditutup selama tiga hari bermula Jumaat.

 

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, penutupan adalah bersempena cuti umum Tahun Baru 2016.

 

Bagaimanapun penutupan tidak melibatkan Kaunter Jabatan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC).

 

Pejabat Imigresen Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor pula hanya ditutup Jumaat dan Sabtu, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.