Jururawat Gigit, Pukul Bayi Berdepan Hukuman

BULGARIA – Seorang jururawat akan berdepan hukuman penjara disebabkan tindakkannya yang memukul dan menggigit seorang bayi berusia empat hari.

 

Emiliya Kovachewa, ibu kepada dua anak secara berulang ulang memukul bayi perempuan yang baru empat hari kerana menangis di Hospital Sofia Med di Bulgaria.

 

Wanita berkenaan mendakwa dia gagal mengawal kemarahan selepas bayi itu menangis sekitar jam 2 pagi dan telah mengejutkan bayi yang lain.

 

Tindakannya itu telah menyebabkan bayi berkenaan mengalami keretakan pada tengkorak serta otak.

 

Rawatan intensif ke atas bayi berkenaan oleh pasukan perubatan bagaimanapun menyelamatkan bayi berkenaan daripada kecederaan serius.

 

Tindakan Emiliya yang didakwa atas tuduhan cubaan membunuh itu terbongkar selepas pihak hospital membuat pemeriksaan rakaman CCTV selepas bayi berkenaan mengalami kecederaan dan kesan gigitan pada badannya, lapor Metro.uk.

 

Sementara itu, Mahkamah Rayuan Sofia memutuskan suspek yang pada mulanya tidak mengaku bersalah sebelum rakaman perbuatannya itu dikemukakan dan ditahan sehingga  proses perbicaraan selesai.

 

Emiliya berdepan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

 

Sementara itu, Jurucakap Hospital Tokuda yang merawat bayi berkenaan selepas insiden itu, Boriana Marinkova berkata, apa yang penting bagi kedua ibu-bapa bayi berkenaan adalah memastikan bayi berkenaan pulih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.