Jemaah Malaysia Hilang Semasa Buat Umrah

KUALA LUMPUR – Seorang jemaah Malaysia, Nor Azimah Ibrahim, 30, hilang ketika mengerjakan umrah di Madinah, dua minggu lalu.

 

Ibu tunggal itu dikatakan hilang selepas gagal dikesan ahli keluarganya dan kali terakhir dilihat berada di Masjid Nabawi pada 19 Disember lalu.

 

Jiran keluarga mangsa yang dikenali sebagai Nasarudin Abd Manaf, berkata dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga mangsa yang hingga kini masih berada di Makkah.

 

“Mangsa berangkat bersama ibu bapanya ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lalu menggunakan khidmat agensi swasta.

 

“Saya difahamkan, pada pagi kejadian dia (Nor Azimah) berada di Masjid Nabawi dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah kerana tidak sihat. Ibu bapanya yang pulang ziarah sekitar tengah hari kemudian gagal mengesan mangsa di masjid berkenaan,”katanya, lapor BH.

 

Nasarudin berkata, hingga kini tiada berita mengenai kehilangan Nor Azimah yang sepatutnya pulang pada 22 Disember lalu. Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengesan mangsa dan berharap wanita itu dapat ditemui segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.