Ribut Tropika Jangmi Dijangka Landa Sabah Esok

Kuala Lumpur – Selepas Pulau Pinang dilanda Ribut Langkisau malam tadi yang memusnahkan 20 rumah, Sabah pula dijangka dilanda Ribut Tropika Jangmi, esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut itu membawa angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam, dengan ombak boleh mencapai ketinggian 4.5 meter di perairan Sabah, Wilayah Persekutan Labuan dan Sarawak.

Menurut kenyataan itu, keadaan ombak itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai, termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

“Ribut Tropika Jangmi sedang berada di kedudukan 10.2 darjah utara dan 122.2 darjah timur.

“Jarak paling hampir dengan bandar di Malaysia ialah 665 kilometer ke timur laut Sandakan.

“Ia dijangka bergerak ke arah Barat-Barat Daya dalam tempoh 24 jam akan datang dan berkedudukan 9.5 darjah utara dan 119.8 darjah timur, iaitu 430 kilometer ke timur laut Pitas, di Kudat,” menurut kenyataan itu.
Kawasan yang dijangka menerima kesan daripada ribut itu adalah Sandakan, Kudat, pantai barat dan pedalaman Sabah, serta Miri dan Bintulu di Sarawak.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/30/ribut-tropika-jangmi-dijangka-melanda-sabah-esok/#ixzz3NRnvyxBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.