Najib Ke Kemaman, Sumbang Bantuan Banjir

Kemaman – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di samping meraikan anggota sukarelawan peringkat negeri Terengganu.

Helikopter yang membawa perdana menteri mendarat di Stadium Mak Chili di sini kira-kira jam 9.45 pagi.

Turut berada di stadium untuk menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia serta para pemimpin  parti komponen Barisan Nasional.

Sejurus tiba, Najib dibawa ke Padang Astaka, Chukai dan disambut kira-kira 15,000 orang hadirin.

Beliau akan menyampaikan bantuan kepada 600 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Mereka merupakan sebahagian daripada lebih 14,000 keluarga di Terengganu yang bakal menerima sumbangan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Najib dijadual pulang ke ibu negara pada tengah hari. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.