Lebih 3,000 banjiri lokasi akhir Suriavolusi di KB Mall Kelantan

- Advertisement -

Suriavolusi akhirnya melabuhkan tirai di pusat beli-belah Kota Bharu, Kelantan pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) lalu dengan lebih 3,000 pengunjung hadir memberi sokongan.

Konsert yang bermula seawal jam 10 pagi itu menyajikan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, penyerahan sumbangan sebanyak RM 7,000 kepada beberapa badan organisasi seperti Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Darul Mizan, Masjid Al-Ridhuan Kubang Kerian dan Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia.

Selain itu, pengunjung turut dihiburkan dengan beberapa aktiviti pentas juga persembahan dari barisan artis tanah air seperti Azlan and The Typewriter, Aju Success, Halim Yazid & Dikir Barat dan Renggo Arrow!

Lebih menarik, Suriavolusi di Kelantan telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Kelantan, YB Hilmi Bin Abdullah.

Seterusnya, Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Haji Abdul Shakur turut hadir memeriahkan acara dengan memberikan perkongsian dan pendedahan mengenai misi bantuan mereka buat rakyat Palestin.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau Dj Lin, beliau merasa sangat terharu dengan sambutan hebat dari warga Kelantan yang hadir memeriahkan acara di KB Mall, Kelantan.

“Suriavolusi telah berakhir dengan cukup meriah di Kelantan walaupun terdapat beberapa syarat dan sekatan oleh pihak kerajaan negeri yang perlu dipatuhi.

Mewakili Suria FM, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandar Raya Islam atas kerjasama yang diberikan juga terima kasih buat semua pengunjung yang hadir dan sudi meluangkan masa berhibur sambil menyumbang menerusi Tabung Cakna Palestin di lokasi akhir Suriavolusi pada sabtu lalu”.

“Alhamdulillah, kami bersyukur apabila jalinan kerjasama bersama AC Gas dipermudahkan melalui konsert Suriavolusi ini. Ia sangat bermakna dan satu kelainan yang Suria FM tonjolkan kerana ianya merupakan sebuah konsert berteraskan klien dan dibuat khas untuk AC gas. Semoga lebih banyak jalinan kerjasama di masa mendatang”.

Berita baik buat peminat Suria FM di Melaka! Jangan lupa temui Cik Piah dan Suria Wheels di Aeon Melaka (Ayer Keroh) pada 1 November 2023 (Rabu) ini, pelbagai hadiah menarik menanti anda! Saksikan siaran langsung di Tiktok Suria Malaysia, esok pada jam 12:30 pm.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l x: @suria_malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat