10 Individu Termasuk Dua Adun DAP Didakwa Sekali Lagi Di Mahkamah Berkaitan LTTE

KUALA LUMPUR – Sepuluh individu, termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, hari ini didakwa dengan pertuduhan baru berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), di Mahkamah Sesyen, di sini.

Selain itu, dua pertuduhan turut dibuat ke atas V Sureshkumar dan B. Subramaniam yang didakwa buat kali pertama hari ini.

Pertuduhan bermula kira-kira jam 9.30 pagi di tiga kamar berbeza.

Pada Selasa, tiga daripada empat individu yang akan berdepan pertuduhan baru – ADUN Gadek G Saminathan, ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran dan S Chandru – didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Melaka.

Berita berkaitan;

Dakwaan terhadap mereka berkaitan dengan menyokong LTTE dan memiliki serta mempamerkan barang berkaitan dengan kumpulan itu.

Saminathan juga dihadapkan dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, kerana memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit.

Sementara itu, tertuduh keempat, juruteknik berusia 27 tahun, S Arivainthan, didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan kerana menyokong LTTE sejak 2014, di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar.

Kesemua 12 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa memiliki barang berkaitan dengan LTTE.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata, mana-mana pemimpin yang menyatakan sokongan kepada LTTE perlu ditangkap dan didakwa.

Tegasnya, negara berada dalam situasi bahaya apabila pemimpin politik yang berjawatan terbabit menyokong kumpulan berkenaan. – Awani

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.