Video: TMJ Naik Kereta Kancil

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencipta ‘sejarah’ baharu apabila menaiki sebuah kereta kancil dan menerima pujian dari netizen.

Ramai yang memuji Tunku Ismail kerana sikap beliau yang rendah diri kerana berani memandu kereta kecil walaupun statusnya adalah seorang kerabat raja.

Menurut sumber, Tunku Ismail menaiki kereta kancil berwarna hitam dan bernombor plat JBL 2 untuk pulang selepas menghadiri majlis perasmian Larkin Sentral yang turut menempatkan pejabat urusan Yayasan Sultan Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.