Tok Pa Hadir Sidang DUN Kelantan

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed hadir pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini.

Mustapa tiba pada jam 8.55 pagi selepas tidak hadir pada persidangan DUN yang bermula Isnin lalu, sempat melambaikan tangan kepada petugas media.

Mustapa satu-satunya wakil Pakatan Harapan di DUN Kelantan selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Jumaat lalu.

DUN Kelantan menyaksikan 37 kerusi milik PAS, tujuh kerusi milik Barisan Nasional (BN) dan satu BERSATU.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumkan penyertaan beliau ke BERSATU, selepas hampir sebulan meninggalkan UMNO. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.