Sudahlah Harga Barang Naik, Rakyat Pula Dihina Setiap Hari – Najib

SHAH ALAM – Pemberian subsidi dan insentif oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah sebagai ‘safety net’ bagi membantu rakyat menampung perbelanjaan dan keperluan mereka.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha kerajaan pimpinannya dahulu bukan untuk menggalakkan rakyat malas berdikari sebagaimana dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebalikya ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

“Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan.

“Hari ini keluar kenyataan bahawa Kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit.

“Kerajaan BN dulu tak pernah kata pemberian bantuan atau ‘subsidi’ seperti BR1M ini untuk menggantikan gaji atau pendapatan. 

“Kita buat adalah sebagai social safety net, untuk bantu mereka lengkapkan apa yang mungkin kurang daripada pendapatan harian mereka.

“Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?,” katanya dalam satu status di Facebook.

Najib juga mendedahkan betapa bantuan dan subsidi yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

“Ada satu kisah benar di mana seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit dia boleh buat meniaga dari rumah, tak perlu kerja malam, dia cukup gembira.

“Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?,” katanya lagi.

Najib berkata, rakyat kini bukan saja tertekan ekoran harga barang makin menaik, malah dihina pula oleh kerajaan yang sepatutnya meringankan beban mereka. 

“Dahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi makin teruk, ringgit makin jatuh, pendapatan negara pun berkurang bila mereka gantikan GST dengan SST. Setiap hari rakyat dihina.

“Apa sebenarnya Kerajaan hari ini buat untuk negara, untuk rakyat Malaysia?,”soal Najib.

Mahathir hari ini berkata peruntukan bantuan mencakupi insentif, geran dan subsidi akan menyemai mentaliti salah dalam kalangan rakyat, selain menjadikan mereka malas untuk berusaha.

Kata Perdana Menteri, tumpuan sepatutnya terarah kepada komitmen rakyat untuk menjana keuntungan menerusi peluang yang disediakan kerajaan, tanpa mengharapkan sebarang peruntukan insentif atau subsidi seperti disalurkan pentadbiran terdahulu. -SuaraTv 

4 thoughts on “Sudahlah Harga Barang Naik, Rakyat Pula Dihina Setiap Hari – Najib

  • November 1, 2018 at 2:35 am
    Permalink

    Jgn ckp byk?? Duk diam jer!!
    Org makin muak mual benci meluat?? Hari2 komplen makin dipinggir olih rakyat yg ditipu ..rakyat yg undi!! Tk rasa salah ker?? Tk rasa malu?? Insaflah diri tu..akui lah lebih mudah!!
    Berapa lama nk tepis?? Bolih ker menang kes yg banyak tu??

    Reply
    • November 1, 2018 at 9:19 am
      Permalink

      Beliau juga warga negara Malaysia. Beliau berhak mengkritik kerajaan semasa.
      Awak yang patut malu sepatutnya. Sila beradab & bertatasusila… Kurang sopan

      Reply
  • Pingback:Sudahlah Harga Barang Naik, Rakyat Pula Dihina Setiap Hari – Najib | Malaysia Updates News Portal

  • November 1, 2018 at 10:13 am
    Permalink

    Sudah2 lah Najib. Dek kerana cara hang la yg rakyat jelata berfikiran sempit macam la ni. Hang keygha bagi sogok rakyat supaya rakyat sokong hang. Bukannya hang nak bantu sgt pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.