Skim Latihan 1Malaysia Dijenamakan Semula

KUALA LUMPUR – Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, walau bagaimanapun ia bakal dijenamakan semula dengan inisiatif dan fokus baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“SL1M akan diteruskan dengan pendekatan baharu yang lebih mantap. Kita hendak jenama semula sebab kita tidak mahu nama 1Malaysia.

“Tapi apa sekalipun skim yang ada, kita cuba wujudkan seboleh mungkin untuk memastikan misi dan visi kementerian tercapai,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Biz Challenge 2018 di Mercu UEM di sini, semalam.

Yang turut hadir Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Jammi Abdul Karim. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.