Seru Zahid Bercuti: Nazri Bidas Pemuda UMNO Makan Sesama Sendiri

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membidas Pemuda Umno kerana menyeru presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercuti, tindakan yang diumpamakan seperti makan sesama sendiri.

Beliau menggesa Pemuda mencontohi Pakatan Harapan yang terus setia kepada pemimpin walaupun berdepan pendakwaan di mahkamah.

“Saya tidak faham Pemuda Umno ini. Apabila presiden kena dakwa cepat sangat, macam cannibalism, makan sesama sendiri.

“Tengok macam kes Lim Guan Eng walaupun didakwa dan hadapi perbicaraan, ahli parti tidak suruh letak jawatan atau berehat.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk penjara masih ketua umum. Inilah kesetiaan. Apa sekalipun berlaku mereka tetap setia,” katanya pada pemberita di Parlimen.

Nazri berkata Zahid tidak perlu berehat atau meletak jawatan kerana dia tidak memegang apa-apa jawatan penjawat awam.

Beliau seterusnya menerangkan langkah-langkah yang sepatutnya diambil Pemuda Umno.

“Dia pegang jawatan yang dipilih perwakilan. Jadi kalau nak suruh dia ‘turun’, patut dapatkan pandangan akar,” katanya.

“Mungkin perlu dimulakan usul peringkat bahagian. Usul minta dia berehat. Setakat mendesak jadi tidak ada apalah,” katanya.

Beliau juga menegaskan sayap Umno mempunyai hak bersuara dan pandangan mereka perlu diraikan.

Pemuda Umno sebelum ini berkata Zahid perlu bercuti sementara menunggu keputusan perbicaraan rasuahnya.

Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata bercuti akan membolehkan Zahid tumpu kepada perbicaraan rasuah akan datang. – FMT

One thought on “Seru Zahid Bercuti: Nazri Bidas Pemuda UMNO Makan Sesama Sendiri

  • November 1, 2018 at 3:20 am
    Permalink

    Baru nk sedar ke?? Tu la sikap korang dulu pun!!!! Nk mewah kumpul harta.. kejar jawatan..bukan keje pun?? Terimalah akibat para2 pesalah hoi??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.