Peguam Tiada Masalah Perbicaraan Najib Disiar Langsung

KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiada masalah jika perbicaraan anak guamnya disiarkan secara langsung.

Shafee menerima baik cadangan itu kerana ia membolehkan rakyat mengikuti perbicaraan Najib secara telus.

“Saya tiada masalah. Saya fikir apa-apa perlulah telus. Tiada apa-apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib sebelum ini menyifatkan pendakwaan terhadapnya peluang terbaik untuk membersihkan nama dan membuktikan beliau bukan pencuri.

Najib sekarang ini berdepan 38 pertuduhan atas pelbagai dakwaan.

Najib tampil hari ini bagi pengurusan kes 21 pertuduhan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.

Pendengaran bagi pertuduhan itu ditetapkan pada 29 November ini. – FMT

One thought on “Peguam Tiada Masalah Perbicaraan Najib Disiar Langsung

  • November 1, 2018 at 2:39 am
    Permalink

    Nak lawan undang2 ? Lawan lah
    … jgn kalah pula???malu selama ni nafi..tepis ..tk ngaku.. bolih menang ke?,betul ke tak salah??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.