Najib Ajak Rakan FB Sembang Santai Sabtu Ini

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Razak mengajak kenalan media sosial beliau bersembang secara santai mengenai hal ehwal semasa pada Sabtu ini.

Progam yang dinamakan ‘Bersembang Santai Dengan Najib Razak’ itu bakal diadakan di Restoran Riverside, PWTC, pada jam 3.00 petang.

“Jemput saudara-saudari rakan-rakan online saya ke Restoran Riverside, PWTC, pada hari Sabtu 3 November 2018 bermula jam 3:00 petang.  

“Insya-Allah, kita boleh duduk santai bersembang hal ehwal semasa.

“Sekiranya saudara-saudari berminat untuk hadir, saudara-saudari digalakkan untuk menghantar WhatsApp kepada 019-9811715 (Haiza) / 010-8924437 (Fahmi) atau emel kepada wallfahmi@gmail.com agar pihak penganjur dapat membuat anggaran jumlah kehadiran,” tulis Najib di Facebook.

Rata-rata netizen memberikan maklum balas positif yang menyokong usaha mantan perdana menteri itu menganjurkan program tersebut.

Ada yang memuji usaha beliau yang mahu bertemu secara dekat dengan rakyat bagi bertukar-tukar pandangan. -SuaraTv 

One thought on “Najib Ajak Rakan FB Sembang Santai Sabtu Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.