Maszlee Umum Mansuh Peperiksaan Murid Tahun 1, 2 dan 3

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan mengumumkan peperiksaan bagi Tahap 1 yang melibatkan murid tahun 1, 2 dan 3 akan dimansuh.

Tidak menjelaskan butiran lanjut, Maszlee Malik di Twitter pagi ini berkata peperiksaan itu akan diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019.

Perkara itu antara ucapan ahli parlimen Simpang Renggam ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke -11 (RMK-11) semalam.

Mengikut teks ucapannya, keputusan itu bagi menggantikan budaya peperiksaan dan mentaliti “exam-oriented” kepada pentaksiran yang “learning-centered”. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.