Lepas Kepit Celah Kangkang, Exco Perak Bawa Piala Malaysia ‘Lawat’ Hospital

KUALA LUMPUR – Selepas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim  setelah mencetuskan kontreversi akibat perbuatannya ‘mengepit’ Piala Malaysia, hari ini Exco kerajaan negeri Perak itu membuat lawatan ke hospital.

Lawatannya itu dengan membawa Pial Malaysia hasil kemenangan Perak mengalahkan Terengganu baru-baru ini. 

Perbuatannya ini tetap mendapat kecaman netizen. 

“Aku makin tak paham dgn Presiden PAFA ni..

Makcik2 ni ke yang berhabis duit selama 18 tahun tunggu piala ni pulang ke negeri Perak?,” kata Hidir Aizam. 

“Yang dia ni bwk piala tu ke hulu ke hilior apa kehey nya ? … batak nk bg org maki ke pun,” Aruwannizam Jumri. 

“Budak wechat jadi presiden macam tu lah,” kata Ab Jalil Backer. 

Tidak dilupa ada netizen menganggap Hasnul tidak matang kerana dilihat bertindak kebudak-budakan. 

“Presiden xmatang..,” ujarnya. 

Terdahulu beberapa bekas pemain Perak kesal dengan cara Hasnul  meraikan trofi Piala Malaysia di celah kangkangnya seperti tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi peminat bola sepak.

Mereka mendakwa melihat beberapa gambar yang ditular dalam Facebook dan WhatsApp menunjukkan Hasnul meletakkan piala itu di celah kangkangnya ketika berehat di tepi sebuah kolam renang.

Presiden Pafa itu kemudian membuat permohonan maaf secara rasmi. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.