Ibu Tak Sangka Temui Anak Lelaki Setelah 31 Tahun

KANADA – Setelah 31 tahun, akhirnya ibu bertemu kembali dengan anak lelakinya yang diculik 31 tahun yang lalu.

Lyneth Mann-Lewis kehilangan anak lelakinya, Jermaine Allan Mann kerana didakwa diculik bapanya ketika berumur 22 bulan.

Anak beranak itu kini disatukan semula selepas polis Amerika Syarikat (AS) menahan Allan Mann, 66, yang ditemui terbabit dengan dokumen palsu.

“Ungkapan ‘Anak lelaki anda hidup, kami temui dia’ – sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Katanya, perkara pertama yang dilakukannya sebelum bercakap dengan anak lelakinya adalah memegangnya

Jermaine didakwa dibawa keluar oleh bapanya dari Kanada ke AS dan ibunya, Lyneth diberitahu bahawa dia telah meninggal dunia semasa bayi.

Ibu bapa Jermaine berpisah setahun sebelum kejadian pada 1986, dan Allan menerima hak lawatan terhadap anak lelakinya, yang didakwa melakukan penculikan pada 24 Jun 1987.

BBC melaporkan bahawa polis Toronto melancarkan siasatan secara besar-besaran terhadap kehilangan Jermaine.

Gambar-gambar Jermaine yang diedit mengikut perkembangan usia turut diedarkan oleh Polis AS dan Kanada.

Jermaine sebenarnya ditemui pada Khamis lalu, 26 Oktober selepas bapanya ditahan di Vernon, Connecticut kerana menggunakan sijil kelahiran palsu untuk dirinya sendiri dan anak lelakinya, dengan mendakwa mereka berasal dari Texas, AS.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.