Abdul Hadi Serah Memorandum Bantah ICERD

PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai 10 peserta Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) ke bangunan Parlimen, hari ini.

Mereka akan menyerahkan memorandum bantahan ICERD kepada wakil Jabatan Perdana Menteri, yang antara lain bagi menzahirkan kebimbangan terhadap usaha menghapuskan hak Bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia.

Terdahulu, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal di situ.

Kehadiran individu terbabit mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Mereka dilihat memegang beberapa sepanduk termasuk ‘ICERD adalah Malayan Union 2.0’ dan ‘Jangan Jual Kedaulatan Negara’ sambil melaungkan ‘Bantah ICERD’ serta ‘Allahuakbar’.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P Waytha Moorthy dipetik berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk melaksanakan ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.