Wanita Lacur 2 Anak Setiap Jumaat Ditahan

Polis pada Rabu lalu menahan seorang wanita dipercayai melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai.

“Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas. Dia disyaki menjual kedua-dua anak perempuannya dengan membawa mereka ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu,” katanya di Johor Bahru hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan urus niaga berkenaan.

Mohd Khalil Kader berkata kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya ketiga-tiga warga asing itu kini sedang diburu polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 dan 372 Kanun Keseksaan.- Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.