Video: Kim Joo Hyuk Dipercayai Kena Serangan Jantung Sebelum Nahas

Aktor Korea Selatan, Kim Joo Hyuk yang meninggal dunia semalam, dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terlibat dalam nahas yang meragut nyawanya.

Malah ketika dikejarkan ke Hospital Universiti Konkuk, doktor mendapati dia mengalami masalah jantung dan kemungkinan penyakit itu yang mengakibatkan kemalangan berkenaan berlaku.

Sementara kotak hitam menunjukkan Kim tiba-tiba memperlahankan kenderaannya sebelum memandu laju. Penyiasat percaya kakinya secara tidak sengaja tertekan minyak selepas serangan sakit jantung lalu merempuh bahagian kanan sebuah kereta.

Pemandu kereta yang dilanggar Kim itu juga sempat melihat Kim memegang dada. Kim meninggal dunia dua jam selepas nahas terbabit. Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan punca kejadian berkenaan.

Kim Joo-hyuk, 45, meninggal dunia semalam selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Samseong-dong, Seoul, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, kereta Mercedes-Benz SUV yang dipandu oleh Kim telah terbalik dan terbakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.