Salah Seorang Bayi Kembar Siam Yang Dipisahkan Di India Akhirnya Beri Tindak Balas

Salah seorang daripada pasangan kembar siam yang melekat di kepala telah membuka matanya, empat hari setelah pembedahan dilakukan untuk memisahkan mereka di India.

Kanak-kanak berkenaan yang berusia dua tahun, Jaga, telah mampu memberi tindakbalas sederhana, termasuk menggerakkan anggota tubuhnya. Dia kini berada di ventilator dan perlu melakukan dialisis harian kerana masalah ginjal.

Sementara pasangan kembarnya, Kalia, belum sedarkan diri  dan mengalami kekejangan.

Kembar laki-laki itu lahir dengan pembuluh darah dan jaringan otak yang bercantum dan pembedahan dijalankan selama 16 jam untuk memisahkan mereka.

Kumpulan yang terdiri dari 30 orang doktor itu melakukan pembedahan yang pertama di India di sebuah hospital yang ditadbir pemerintah di ibu kota Delhi.

Kedua-duanya kini stabil dan doktor berpuas hati dengan kemajuan mereka sejauh ini, kata Profesor Deepak Gupta, yang terlibat dalam pembedahan tersebut.

Bayi kembar  yang berasal dari sebuah kampung di daerah Orissa, dilahirkan dengan kepala yang bercantum.

Keadaan itu disebut sebagai craniopagus. Craniopagus terjadi pada satu dari tiga juta kelahiran, dan 50 daripadanya meninggal dunia dalam waktu 24 jam setelah dilahirkan.

Pembedahan pertama dilakukan pada 28 Ogos ketika para doktor membuat pintasan untuk memisahkan pembuluh darah yang mengembalikan darah ke jantung dari otak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.