Payudara Mencurigakan, Lelaki Ini Periksa Bra Kekasihnya, Isi Di Dalamnya Sangat Mengejutkan

Banyak pakaian dalam termasuk bra yang harganya boleh jadi lebih mahal daripada pakaian yang dipakai di luar. Selain itu tujuan bra dibuat bukan hanya untuk menutupi payudara, tetapi ia juga bertujuan untuk memegang, mengangkat dan membentuk payudara.

Selain itu, wanita umumnya menggunakan bra selama berjam-jam.  Tetapi janganlah sebarangan memilih bra apalagi jika harganya murah, boleh jadi ia tidak baik untuk kesihatan.

Bra (viral4real.com).

Seperti gambar dikongsi oleh pengguna Facebook Tyrone Escoto baru-baru ini, ia menunjukkan isi di dalam bra yang ternyata mengandungi bola plastik kecil.

Dia mendakwa kandungan bra menyebabkan dada pengguna menjadi sakit dan merah berbintik-bintik. Untuk memastikan sama ada teman wanitanya menggunakan bra yang selamat, lelaki itu memeriksa bahagian kandungan dalam bra hitam itu.

Selepas memeriksa dia mendapati bra teman wanitanya itu mengandungi bola plastik dan juga cecair aneh. Dalam posting tersebut, dia telah meningkatkan kesedaran dan juga memberi amaran kepada orang lain agar tidak sebarangan membeli bra. Menurut laporan Thanhnienews, bra ini dibuat di China

Dalam iklan itu, bra tersebut dikatakan boleh meningkatkan saiz payudara dengan ‘mengurut’ payudara penggunanya. Namun ternyata bra tersebut mengandungi beg plastik kecil dengan larutan berminyak, tapi dalam iklannya disebut mengandungi silikon.

Bra itu juga diiklankan mempunyai bola plastik yang boleh menghasilkan “kesan urut” demi meningkatkan saiz payudara tanpa pembedahan plastik.

Dilaporkan dari Viral4real, hasil ujian dari Hanoi menyebutkan bahawa bola itu terbuat dari polistirena dan tidak mempunyai kesan kesihatan yang buruk. Namun cecair di dalamnya terbukti mengandungi minyak mineral .

Kandungan cecair tersebut mungkin mengandungi bahan pencemar, terutamanya hidrokarbon aromatik seperti Anthracene karsinogenik, benzopeniena, kroken, koronene, tetraken, fenantrena, pirena, pentacene, priphenylene, dan ovalene.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.