Lelaki Ini Dengan Sengaja Sebarkan Virus HIV / AIDS Yang Dia Alami Dengan Mencari Mangsa Di Media Sosial

Seorang warga Itali yang bekerja sebagai akauntan Valentino Talluto, dipenjara selama 24 tahun setelah terbukti dengan sengaja menjangkiti 30 perempuan dengan HIV.

Valentino Talluto disebutkan melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan dengan sekurang-kurangnya 53 orang perempuan setelah dia diagnosis positif HIV pada 2006 lalu. Wanita termuda yang pernah melakukan hubungan seks dengan Talluto berusia 14 tahun.

Lelaki berusia 33 tahun itu menggunakan nama samaran “Hearty Style” di rangkaian sosial dan laman web temu janji untuk mencari para mangsanya.
Pada Jumaat lalu, hakim menghukum Talluto dengan hukuman 24 tahun penjara.

Peguam Talluto berkata tindakan kliennya adalah “tidak bijak, tetapi tidak sengaja”. Bagaimanapun, menurut laporan agensi berita AFP, mangsa mengatakan Talluto menolak apabila diminta menggunakan kondom dan mengatakan dia mempunyai alergi atau baru menjalani ujian HIV.

Apabila beberapa wanita mendapati diri mereka terdedah kepada HIV dan mendedahkan kepada Talluto, dia menafikan membawa virus yang yang boleh menyebabkan maut itu.

Akibat tindakannya, tiga laki-laki dan seorang bayi juga dijangkiti HIV dari perempuan yang terdedah secara langsung dari Talluto.

Di mahkamah pada Oktober lalu, Peguam Elena Neri berkata: “Tindakan itu disengaja untuk menyebarkan kematian. Bagaimanapun, Talluto berkata pada persidangan jika memang seperti itu akibatnya, dia tidak akan mampu menjalani hubungan yang sebenarnya dengan puluhan perempuan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.