Laudya Cynthia Bella Jawab Soal Hamil

Baharu sahaja sebulan bernikah dengan Engku Emran pada 8 September lalu, pelakon Laudya Cynthia Bella dikhabarkan sudah hamil.

Portal Detik Hot telah yang mendapatkan kenyataannya ketika berkunjung ke kedai kek Bella iaitu Bebelly Bakery yang terletak di Jakarta hari ini, lapor Gempak.

Bella yang tidak mahu menidakkan pertanyaan itu hanya meminta agar mendoakan yang terbaik untuknya.

“Alhamdulillah, amin..

“Belum lagi. Itu (hamil) doa untuk saya.

“Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan,” katanya.

Pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu tidak berniat mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Engku Emran dan Bella bernikah pada 8 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.