Khairul Fahmi Belum Fikir Tawaran Melaka United

Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat belum memikirkan tawaran dikemukakan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Beliau berkata, tawaran MUSA itu merupakan suatu perkembangan yang positif dalam perkembangan kariernya sebagai penjaga gol.

Namun, pada masa sama, Khairul Fahmi menegaskan beliau masih menghormati baki kontrak bersama Kelantan yang hanya tamat pada musim depan.

“Saya berterima kasih kepada MUSA kerana menawarkan kontrak untuk beraksi bersama Melaka United musim depan, namun buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya membuat sebarang keputusan.

“Saya belum menetapkan hala tuju untuk bermain dengan mana-mana pasukan kecuali Kelantan buat masa ini,” katanya lapor Bernama.

Akhbar sebelum ini, melaporkan MUSA sedia mendapatkan khidmat bekas penjaga gol kebangsaan itu bagi memperkuatkan skuad Hang Tuah dalam saingan Liga-M musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.