Ikut Logik Pembangkang Bermakna 91 Negara Akan Muflis – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 30 Oktober 2017

91 negara lain di dunia perlu terlebih dahulu muflis sebelum sampai giliran Malaysia
————-
Tiga tahun yang lalu pada tahun 2013 apabila saya mula-mula melihat carta hutang kerajaan kepada KDNK CIA, Malaysia menduduki tempat ke-54 di antara negara-negara dengan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK – yang bermaksud 53 negara lain terpaksa muflis terlebih dahulu sebelum sampai giliran Malaysia.

Kemudian pada tahun 2014, banyak negara mendahului kita dalam senarai dan kita turun hingga tangga ke-63.

Dan pada tahun 2015, kita jatuh lebih jauh ke tangga ke-71.

Dan pada 2016, kita menduduki tempat ke-75 – yang bermaksud 74 negara lain terpaksa muflis terlebih dahulu sebelum tiba giliran kita.

Mengikut senarai terkini, Malaysia kini berada di tangga ke-92 dari 206 negara dengan nisbah Hutang kepada KDNK tertinggi.

Malah kedudukan ke-92 ini adalah berdasarkan nisbah hutang kepada KDNK sebanyak 52.7% pada akhir tahun lepas. Pada 30 Jun 2017, nisbah itu terus turun kepada 50.9% – bermakna kedudukan kita akan terus menjadi semakin baik tahun hadapan.

Menurut logik PakaTun, ini bermakna 91 negara lain akan perlu muflis terlebih dahulu sebelum tiba giliran Malaysia kerana mereka mempunyai nisbah Hutang kepada KDNK yang lebih tinggi daripada kita:

Jepun, Greece, Lubnan, Itali, Portugal, Jamaica, Cabo Verde, Mozambique, Eritrea, Yaman, Gambia, Singapura, Mesir, Barbados, Cyprus, Bhutan, Belgium, Mauritania, Mongolia, United Kingdom, Jordan, Kesatuan Eropah, Austria, Grenada, Croatia, Congo, Saint Lucia, Maldives, Dominica, Ukraine, Slovenia, Sri Lanka, Saint Vincent, Ghana, Morocco, Angola, Amerika Syarikat, Hungary, Serbia, Ireland, Albania, Bahrain, Togo, Montenegro, Brazil, Zimbabwe, Jerman, Laos, Aruba, Bahamas, Saint Kitts, El Salvador, Sudan, Nauru, Mauritius, Suriname, Iraq, Finland, Uruguay, UAE, Costa Rica, Trinidad and Tobago, Tunisia , Belanda, Vietnam, Israel, Pakistan, Chad, Sao Tome, Zambia, Senegal, Kyrgyzstan, Seychelles, Armenia, Malawi, Guinea, Malta, Syria, Qatar, Sierra Leone, Ethiopia, Iceland, Argentina, Tuvalu, Kenya

Oleh kerana usaha kerajaan untuk mengawal defisit bajet secara beransur-ansur dan juga ekonomi yang semakin meningkat, nisbah hutang kepada KDNK Malaysia telah bertambah baik sejak beberapa tahun lalu.

Malah, tahun lepas nisbah hutang kepada KDNK isi rumah kita juga turun disebabkan oleh usaha BNM untuk mengawal pinjaman berlebihan.

Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah Malaysia mempunyai hutang SIFAR ke Bank Dunia dan SIFAR kepada IMF.

Had 55% hutang kepada KDNK Malaysia juga dikenakan sendiri oleh kerajaan BN yang sama yang Pakatan tuduh sebagai tidak bertanggungjawab secara fiskal.

Oleh itu, berdasarkan kedudukan kita yang bertambah baik dalam senarai itu sejak tahun 2013, nampaknya Malaysia menjadi semakin kurang “muflis” dan bukannya semakin “muflis” seperti mana yang Pakatan terus mendakwa.


https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/rankorder/2186rank.html

2014: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1659502124268575

2015: https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1821826298036156

2016: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1982958181922966

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.