Harga Minyak Dunia Di Paras Tertinggi AS$60.84 Setong Sejak 2015

SINGAPURA – Harga minyak stabil pagi ini disokong usaha pemotongan bekalan yang diterajui OPEC, sungguhpun ada prospek peningkatan dalam pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat (AS).

Brent didagangkan pada AS$60.84 satu tong pada 0027 GMT. Ia di bawah paras penutup sebelum ini, tetapi masih hampir kepada paras tertinggi yang dicapai sejak Julai 2015.

West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada AS$54.04 satu tong, 11 cent lebih rendah berbanding penutup sebelum ini tetapi menghampiri paras tertinggi sejak Februari.

Pedagang berkata, sentimen bulis memacu harga Brent melepasi AS$60 satu tong, dipacu usaha pemotongan bekalan diterajui OPEC dan Russia.

Pakatan itu akan berterusan sehingga Mac 2018, tetapi Arab Saudi dan Russia menyokong melanjutkan pakatan itu. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.