Habiskan RM49,000 Untuk Jadi ‘Iron Man’

Anggota kumpulan EXO, Chanyeol menghabiskan wang sebanyak AS$11,500 (RM49,000), samata-mata ingin bergelar Iron Man semasa meraikan parti Halloween pada tahun ini.

Menurut laporan Allkpop, Chanyeol memilih tema Iron Man pada tahun ini dan telah membeli kostum itu pada September lalu, lapor Gempak.

“Chanyeol dikatakan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk membeli kostum Iron Man pada tahun ini dan telah menghabiskan wang sebanyak RM49,000.

“Pada tahun lalu, Chanyeol juga telah menjadi perhatian apabila mengayakan Deadpool.

“Ini merupakan acara tahunan yang diadakan oleh syarikat pengurusannya, SM Entertainment.

“Kesemua selebriti yang berada di bawah syarikat pengurusan ini akan mengayakan kostum yang menarik untuk menyambut parti Halloween,” kata sumber.

Ternyata acara ini amat dinantikan oleh peminat kerana mereka akan menilai artis manakah yang memakai kostum terbaik pada setiap tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.