Gara-Gara Aksi Tendang Kucing di Jalanan Dirakam CCTV, Tentera Ini Dipecat

Seorang tentera Belarus akhirnya dipecat setelah tindakannya menendang seekor kucing di jalanan dirakam oleh kamera CCTV.

Ketika kejadian, dia sedang berjalan di salah satu kawasan di kota Polots, Belarus.

Rekaman CCTV itu memperlihatkan, ketika tentera itu berjalan seekor kucing tiba-tiba berjalan di samping lelaki itu sejauh beberapa meter.

Pada awalnya, lelaki itu tak mengetahui keberadaan kucing tersebut kerana sibuk berborak dengan dua rakannya.

Beberapa saat kemudian, tentera itu menoleh dan melihat haiwan tersebut. Kucing itu kemudian berlari sebelum berhenti lalu memandang lelaki itu.

Tanpa sebab, lelaki itu mengayunkan kakinya menendang kucing itu hingga melayang dan menghentam tembok.

Setelah menghentam tembok dan jatuh, kucing yang ketakutan itu lari sambil diikuti tentera itu.

Sebuah pernyataan dari Komite Ekskutif Wilayah Vitebs  melaporkan bahawa yang menendang penendang kucing itu adalah seorang tentera dan akibat tindakannya itu dia dipecat.

Salah seorang tentera mengatakan, kelakuan lelaki itu sangat buruk dan memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri.

Selain diberhentikan dari pekerjaannya, lelaki itu kini dikecam kerana dituduh melakukan kekerasan terhadap haiwan.

Namun, tiada informasi berkenaan nasib lelaki itu sama ada perlu berdepan dengan hukuman gara-gara seekor kucing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.