Gadis Ini Mengaku Diperkosa 2 Polis Dalam Keadaan Digari

Dua orang anggota polis New York didakwa memperkosa seorang gadis berusia 18 tahun yang sedang ditahan dalam keadaan digari.

Kedua polis itu, Eddie Martins dan Richard Hall sebelum ini dikatakan menangkap mangsa, yang memperkenalkan dirinya di media sosial dengan nama Anna Chambers.

Dalam insiden yang terjadi pada 15 September lalu itu, kedua-dua anggota polis tersebut menangkap Anna ketika sedang mengisap ganja di sebuah parkir di restoran makanan Meksiko di Coney Island.

Salah seorang polis itu dituduh memperkosa Anna dan mereka dikatakan memaksa gadis itu melakukan hubungan seks.

Kedua-dua anggota polis itu tidak menafikan insiden yang dituduh itu tetapi mereka mengatakan bahawa hal tersebut terjadi kerana bukan paksaan.

“Dinamik kes berubah ketika sidang mahkamah. Tuduhan yang disampaikan pengadu perlu disokong dengan bukti yang amat kuat,” kata mereka,

Minggu ini, kedua-duanya menulis surat kepada pendakwa dan menggesa mereka supaya tidak dituduh merogol Anna Chambers dan memaklumka gadis itu kerap memuat naik gambar keseronokannya ke media sosial sejak tuduhan itu muncul.

Melalui akaun Twitternya, Anna Chambers kemudian membalas kepada pihak polis bahawa hubungan seksual yang berlaku berdasarkan kepada suka suka.

“Sudah tentu, hanya polis yang meyakini bahawa seorang remaja perempuan yang digari kerana tuduhan memiliki dadah mahukan hubungan seks dengan polis yang menangkapnya,” katanya.

Pada masa ini kedua-dua anggota polis itu digantung tanpa menerima gaji sehingga kes diselesaikan.

Jika tuduhan-tuduhan ini terbukti benar maka kedua-dua anggota polis yang bekerja di unit anti-dadah itu boleh dihukum sekurangnya tiga tahun penjara dan maksimum 25 tahun penjara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.