Bajet 2018 Dinikmati Semua Rakyat

Selepas hampir seminggu bajet 2018 dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata banyak impak positif diterima daripada rakyat Malaysia. Ini kerana bajet ini banyak menyentuh dan merangkumi aspek yang dekat di hati rakyat.

Ia termasuk pemansuhan tol di Selangor, Kedah dan Johor, pemberian sumbangan wang kepada anak yang baru dilahirkan, bantuan kepada golongan petani, penambahan cuti bersalin serta banyak lagi.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat berpuas hati, kecuali pembangkang dan penyokong mereka yang tidak habis-habis memperlekehkan bajet 2018 ini yang ternyata lebih baik daripada bajet alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan (PH), dua hari sebelum Najib membentangkan bajet 2018.

Tidak terkecuali ialah bekas perdana menteri dan juga pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan bajet 2018 sebagai gula-gula untuk mempengaruhi mempengaruhi orang ramai menjelang pilihan raya umum.

Mahathir juga menganggap Bajet 2018 itu sebagai usaha untuk mengalihkan isu 1MDB. Namun sebenarnya 1MDB sudah tiada isu lagi untuk diperkatakan justeru tidak perlu pun bagi Perdana Menteri untuk menggunakan Bajet 2018 bagi mengalihkan perhatian.

Hanya bagi Mahathir sahaja 1MDB masih menjadi masalah. Malahan beliau sendiri masih menggunakan 1MDB sebagai bahan kempen dengan isu yang dijaja adalah putar belit serta kitar semula.

Dulu macam-macam tuduhan dibuat kepada Najib termasuk kononnya Interpol dan FBI akan menangkap Najib jika beliau ke luar negara. Namun sejak beliau membuat tuduhan itu, sudah banyak kali Najib keluar negara, namun perkara itu tidak berlaku pun.

Bagi rakyat pula, biarlah dikatakan sebagai bajet gula-gula, kerana yang penting suara mereka didengari. Cuba tanya penduduk di Shah Alam. Kegembiraan mereka ialah apabila tol Batu Tiga dan Sungai Rasau dimansuhkan.

Itu cukup membantu kepada pengguna tol tersebut jadi peduli apa dengan tuduhan bajet gula-gula berkenaan.

Selain Mahathir, orang kuatnya, A Kadir Jasin tidak terkecuali memperlekehkan Bajet 2018. Beliau mengulangi serangan melibatkan kedudukan ringgit, inflasi yang dikatakan semakin tinggi, isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengangguran serta peruntukan kesihatan dan pendidikan yang dikatakan tidak mencukupi.

Kata Kadir, Najibnomics yang hendak transformasikan Malaysia jadi negara pendapatan tinggi memang menguntungkan Najib, ahli keluarga dan kawan rakannya.

Tapi beliau terlupa bagaimana Mahathir juga mengkayakan kroninya serta anak-anaknya. Mahathir sendiri tidak menjelaskan kenapa anak-anaknya begitu kaya dalam masa yang singkat.

Bukan orang luar sebaliknya orang dalam parti beliau sendiri iaitu exco Armada PPBM, Muhammad Hafiz yang membuat desakan itu, tapi masih belum berjawab sejak persoalan itu dikemukakan sejak Jun lalu.

Begitu juga dengan Kadir. Beliau sendiri pernah disindir gagal menguruskan kewangan hinggakan syarikat penerbitan Berita Publishing telah muflis di bawah pengurusannya. Justeru jika Kadir bercakap mengenai ekonomi atau mahu menjadi pakar ekonomi, maka sukar untuk diperayai.

Mesej-mesej yang mengelirukan mengenai negara ini hanya akan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat.

Seorang lagi yang cuba memperlekehkan Bajet 2018 ialah Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mempersoal kenapa peruntukan persekutuan untuk belanja pembangunan dikurangkan kepada hanya RM46 bilion dalam Bajet 2018 yang baru itu. Wan Azizah mendakwa ia paling rendah dalam sejarah

Mungkin Wan Azizah masih belum habis lagi `marahnya’ kepada Najib kerana telah `troll’ beliau ketika di Parlimen berhubung kisah kak wan, seorang penternak ayam yang berjaya.

Hakikatnya setiap peruntukan yang diberikan berupaya memberikan manafaat kepada semua golongan sasar tidak kira siapa yang rakyat sokong. Semasa awal pembantangan Bajet 2018, Najib menyatakan rizab ekonomi semasa negara berjumlah RM428.7 bilion, sekali gus menggambarkan kekuatan ekonomi Malaysia kini.

Dan secara keseluruhannya bajet kali ini meningkat sekitar RM20 bilion. Maka tidak hairanlah jika pembangkang jadi tidak keruan.

Mereka cuba memberikan persepsi negatif kononnya ia gula-gula menghadapi PRU-14. Bezanya bila Pakatan Harapan membentangkan bajet alternatif mereka, kerajaan tidak pula menyatakan ia sebagai gula-gula. Kenapa?

Kerana bajet alternatif yang disediakan pembangkang tidak realistik, berbeza dengan kerajaan yang telah melaksanakan janjinya setiap tahun berdasarkan apa yang dibentangkan.

Itulah bezanya kerajaan Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan iaitu kebenaran VS khayalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.