200 Dikhuatiri Maut Terowong Ujian Nuklear Korea Utara Runtuh

Sejumlah 200 pekerja dikhuatiri terbunuh selepas sebuah terowong yang sedang dalam pembinaan di tapak ujian senjata nuklear Korea Utara runtuh, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik laporan sebuah akhbar Jepun pada Selasa.

Kira-Kira 100 orang terperangkap dalam insiden runtuhan di Punggye-ri manakala 100 lagi dikhuatiri maut ketika cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap apabila berlaku runtuhan kedua, lapor TV Asahi dari Jepun.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan butiran lanjut seperti bila insiden itu berlaku.

Pakar telah memberi amaran bahawa tapak itu mungkin sudah lesu dan tidak lagi stabil berikutan pelancaran enam ujian nuklear, termasuk yang terkuat bulan lepas, dan satu runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Pada Isnin, ketua agensi cuaca Korea Selatan iaitu Pentadbiran Meteorologi, Nam Jae-cheol, memaklumkan sidang parlimen bahawa satu lagi ujian nuklear berupaya mencetuskan runtuhan di tapak ujian yang terletak di kawasan pergunungan, serta kebocoran bahan radioaktif. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.