Video : ‘Apabila Dicium Bau Air Sungai Macam Bau Diesel’

DENGKIL – Pencemaran bau air di Sungai Semenyih mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat di sekitar kawasan Sungai Buah, disini hari ini.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, penduduk mengakui pencemaran air yang berlaku melibatkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih yang ditutup enam kali ini telah menyukarkan penduduk di kawasan itu.

 

“Selepas berlaku hujan di kawasan itu pecah benteng sehingga mengalir ke kebun. Tapi memang tak banyak (tanaman rosak) ia melimpah ke sebahagian kawasan kebun.

 

“Yang banyak apabila air naik ke lombong dan ia turun balik ke sungai sehingga menyebabkan berlakunya limpahan tersebut,”katanya.

 

 

 

Katanya, selepas itu, berlaku dakwaan protes tidak puas hati yang melibatkan beberapa orang pemilik tanah disitu.

 

Dalam pada itu, Ketua kampung Sungai Buah, Mohd Sanusi Saleh berkata, bau sungai tersebut terlalu kuat sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk kampung.

 

“Kita menghadapi benda itu. Apabila dicium tu bau semacam saja. Macam bau diesel. Selepas air melimpah di kawasan tanaman itu penanaman sawit malam kelmarin ada empat pemilik tanah tersebut yang mengadu,”katanya.

 

Tambah Sanusi, pihaknya akan membantu menyelesaikan permasalahan tersebut dengan kadar segera, dimana kini semua pihak sedang memulihkan sungai terbabit dan menempatkan bahan karbon teraktif sebagai penapis di sungai berkenaan.

 

“Kita akan bantu tanah-tanah pemilik yang terkena air tersebut. Setakat ini belum ada kematian, atau kerosakan tanaman yang dicemari air sungai tersebut,”katanya.

 

Terdahulu, kualiti air di Sungai Buah yang menyebabkan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih ditutup enam kali akibat mengalami pencemaran bau kini tidak lagi tercemar, selepas menempatkan bahan karbon teraktif sebagai penapis di sungai berkenaan.

Sebelum ini, Metro melaporkan, penutupan LRA Sungai Semenyih selama 11 jam terus mengundang kemarahan orang ramai, apa lagi kaum India yang menyambut Deepavali.

 

Terdahulu, Awani melaporkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
JAS turut menafikan dakwaan kononnya pencemaran berpunca daripada sisa kilang, bagaimanapun akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sisa berjadual kilang-kilang di sekitar Nilai.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan ‘kecenderungan unsur sabotaj’ oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan 23 Oktober lalu turut mendakwa LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran bau air sungai yang dikatakan berpunca dari kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.