Kedah Muncul Juara Piala Malaysia 2016

SHAH ALAM – Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.

 

Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.

 

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

 

Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.

 

Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.

 

Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.

 

Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.

 

Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu. – mstar

One thought on “Kedah Muncul Juara Piala Malaysia 2016

  • November 1, 2016 at 5:12 pm
    Permalink

    Amazing Web page, Maintain the excellent job. Thanks a lot!.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.