10,000 kakitangan kerajaan Turki dipecat

ANKARA – TURKI. Lebih 10,000 kakitangan awam dipecat kerana disyaki menyokong ulama, Fethullah Gulen yang didakwa sebagai dalang cubaan rampasan kuasa, Julai lepas.

 

Laporan Reuters mengatakan jumlah tersebut termasuklah ahli akademik, guru dan pekerja perubatan.

 

Selain itu, 15 lagi syarikat media ditutup atas alasan sama.

 

Sehingga kini, 160 syarikat media telah ditutup selepas darurat diisytiharkan di Turki.

 

Kerajaan Turki mengatakan tindakan memecat adalah ‘bersesuaian’ untuk mereka yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa tersebut.

 

Dalam rampasan kuasa 15 Julai lepas, lebih 240 orang awam terbunuh selepas sekumpulan tentera kerajaan mengambil alih kuasa di Ankara dan Istanbul.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.