Pesawat Airbus A320 Rusia Terhempas Di Mesir

SINAI – Pesawat Airbus A320 milik penerbangan Russia, Kogalymavia Airlines yang membawa 217 penumpang dan 7 anak kapal disahkan terhempas di Semenanjung Sinai, Mesir.

 

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Sherif Ismail menyebut bahawa Mesir telah menubuhkan sebuah jawatankuasa krisis peringkat kabinet untuk berurusan dengan kemalangan itu.

 

Pesawat Kogalymavia Penerbangan 7K9268 hilang dari radar 23 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm El-Sheikh dalam perjalanan menuju St Petersburg, Russia.

 

Pesawat itu sepatutnya menghubungi trafik kawalan udara di Larnaca, Cyprus, Turki selepas meninggalkan ruang udara Mesir namun gagal berbuat demikian.

 

Satu sumber di LTAB Sharm El-Sheikh memberitahu bahawa juruterbang pesawat yang hilang itu sebelumnya meminta perubahan hala tuju perjalanan dengan memberitahu bahawa pesawat itu akan mendarat di Kaherah.

 

Kemalangan terakhir membabitkan pesawat Russia berlaku pada November 2013 bilama pesawat  Tatarstan Airlines Penerbangan 363 terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kazan sewaktu cuba mendarat menyebabkan 50 terkorban. – Bnbbc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.