Media Kecam, Sekat Kebebasan Bersuara

ANKARA – TURKI. Media Turki mengecam tindakan kepimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan kerana  bertindak menggunakan kekerasan ke atas mereka sebagai langkah untuk menyekat kebebasan bersuara menjelang Pilihan Raya Parlimen, esok.

 

 

Menerusi laporan PTV, ketua editor stesen TV pembangkang, Bugun, Tarık Toros mendakwa ia adalah tindakan kekerasan terbesar dalam sejarah yang menyasarkan media di negara itu.

 

 

Susulan daripada itu, dalam satu kenyataan, jurucakap pejabat ketua pendakwa raya memaklumkan serbuan merupakan sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dijalankan ke atas konglomerat tersebut kerana disyaki menyebarkan propaganda dan membiayai kegiatan militan.

 

 

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Akin Ipek mengecam tindakan tersebut kerana didakwa bermotifkan politik dan mendakwa mereka tetap dikenakan tindakan selepas serbuan itu gagal menemui sebarang perkara mencurigakan.

 

 

Terdahulu, pihak berkuasa dilaporkan bertindak menyerbu pejabat stesen TV milik konglomerat, Koza-Ipek Holding itu di Istanbul yang didakwa mempunyai kaitan dengan musuh politik Erdogan, Fethullah Gulen dan turut menggunakan gergaji rantai untuk memecahkan pintu masuk premis tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.