Facebooker Kecam Tindakan Kutuk Bayi

KUALA LUMPUR –  Seorang wanita dikecam netizen akibat mencaci seorang bayi yang menderita penyakit sumbing.

 

 

Tindakannya dianggap biadap oleh Facebooker yang mengunjungi akaun milik ibu bayi tersebut di laman Facebook.

 

 

Perkara tersebut turut didedahkan ibu bayi tersebut, Puan Nee, menerusi beberapa salinan paparan perbualan yang berlaku di antara dia dan pelayar berkenaan.

 

 

“Patutlah sebelum ni you tak upload gambar anak you, rupa-rupanya anak you cacat. Kesian, you tak malu ke ada anak cacat?,” tambah pelayar berkenaan.

 

 

Dia yg cacat sbb xcukup sifat. Xad sifat malu. Tayang sana sini. Blurghhhh,”katanya.

 

 

Seorang lagi pelayar, Zariah Zamaludin turut mengecam dan meninggalkan komen “Terbakarnya hati baca.. dia mental & guna fake account ckp pun mcm org xde iman… abaikan je dear..jgn layan,”tulisnya.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang memberikan kata-kata semangat buat ibu muda tersebut.

 

 

“Doakan yg baik2 je utk dia..byk2 sabar..anak sy pn cleft jugop..tp skrg dh jd handsome boy..hehe,” tulis Cik Za Mizaidirni.

 

 

Perkongsian tersebut mendapat 1.1 like, 57 komen dan 924 perkongsian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.