Desakan Gugur Mukhriz, Jika Tun M Masih Degil – Ali Tiinju

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom atau Ali Tinju menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada terus menghasut rakyat membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

 

Memetik laporan FMT, dia tidak teragak-agak mendesak Perdana Menteri menggugurkan anak bekas presiden Umno itu, Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya Tun M masih berdegil dan meneruskan serangan terhadap Najib.

 

 

Katanya, dia akan menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gerakan Merah untuk melancarkan desakan itu.

 

 

“Jika Tun masih kacau dan menghasut rakyat supaya membenci Perdana Menteri Malaysia yang sah, Datuk Seri Najib Tun Razak, kami NGO Melayu, ‘Gerakan Merah’ akan membuat bantahan supaya Perdana Menteri gugurkan anak Tun Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah,” katanya.

 

 

Menurut Ali Tinju, peringatan itu dibuat berikutan Tun M dilihat masih melemparkan segala tuduhan dan tohmahan tidak berasas kepada Perdana Menteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.