Waris Mangsa MH370 Saman Kerajaan Malaysia

Kuala Lumpur – Genap lapan bulan selepas penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lalu apabila pesawat itu berakhir di lautan Hindi.

Dua orang anaknya (plaintif) dari keluarga salah seorang penumpang MH370, Jee Jing Hang menfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan syarikat penerbangan nasional itu pagi ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman, Tetuan Rusmah Arunan & Associates.

Plaintif yang berumur diantara 11 dan 14 tahun menfailkan saman terhadap MAS dan 4 defendan yang lain melalui Ibunya Ng Pearl Ming, 38.

4 Defendan yang lain adalah Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan dua orang anaknya, bapa, Jee Jing Hang telah menandatangani kontrak dengan MAS bagi tujuan keselamatan sewaktu penerbangan bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun pihak MAS telah melanggari kontrak.

Mereka turut menyatakan, pihak MAS telah gagal dalam memastikan keselamatan penumpang seperti dalam kontrak yang dimetrai bapanya.

Sebelum ini seramai 239 penumpang dalam pesawat MH370 yang hilang apabila 152 penumpang adalah warganegara China, termasuk sekumpulan 19 orang artis dengan enam ahli keluarga dan empat kakitangan yang pulang daripada pameran kaligrafi karya mereka di Kuala Lumpur.

Pesawat Boeing 777-200ER itu masih belum ditemui, walaupun selepas pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, yang dipercayai lokasi terakhir selepas ia berubah haluan.

Pada masa sama, seperti waris yang lain, anak dan ahli keluarganya terus berada dalam keadaan tidak mempunyai maklumat dan terdesak mahu mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat hilang itu.

Mereka berkata, terlalu banyak soalan yang tidak berjawab dan banyak teori diutarakan serta pendapat yang disiarkan.

Keadaan itu semakin teruk apabila kenyataan saling bercanggah, berbeza dan kenyataan yang tidak ada bukti dibuat oleh pelbagai pihak menyebabkan ahli keluarga marah, ragu-ragu dan merana.

Pada ketika ini, Kerajaan Malaysia masih melakukan operasi mencari MH370  di dasar laut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.