Wanita Penyokong Kumpulan Militan IS Didakwa

Sepang – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) pada 5 Oktober lalu.

Ummi Kalsom Bahak, 25, dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini untuk sebutan semula kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.