Video: Sukarnya Menjadi Wanita

New York – Sebuah video yang menunjukkan seorang wanita diganggu di beberapa jalan di New York telah menjadi viral dan dikongsi oleh pengguna media sosial.

Video ini juga menunjukkan mengenai gangguan yang selalu dialami oleh golongan wanita dan golongan minoriti negara itu di kaki lima.


10 Hours of Walking in NYC as a Woman by SuaraTV

Video dua minit ini menunjukkan seorang pelakon wanita, Shoshana B. Roberts berjalan di Manhattan dan mendapat pelbagai sapaan daripada ramai lelaki seperti “hey, baby” atau “hey, beautiful”.

Apabila dia tidak memberi respon, dia dikatakan kurang sopan dengan mendapat komen seperti “senyum” atau “seseorang menghargai kecantikan awak. Awak patut berterima kasih”.

Video yang bertajuk “10 Hours of Walking in NYC as a Woman,” juga menunjukkan seorang lelaki secara tiba-tiba berjalan bersama Shoshana selama lima minit tanpa berkata apa-apa.

Video itu mendapat lebih 1.2 juta YouTube hits sejak ia di muat naik pada hari Selasa.

Diterbitkan untuk program amal Hollaback! dianjurkan untuk menamatkan gangguan yang berlaku di jalanan.

Penganjur program ini berkata, Shoshana berhadapan kira-kira 100 gangguan yang melibatkan kata-kata cercaan dalam tempoh 10 jam, tidak termasuk siulan dan juga kenyitan mata.

Penganjur turut berkata golongan wanita, homoseksual dan transeksual sering menerima gangguan di jalanan, di mana mangsa merasakan mereka berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Rob Bliss, yang merakamkan video ini dengan menggunakan kamera tersembunyi dalam begnya memberitahu AFP dia mahu golongan lelaki melihat bagaimana gangguan di jalanan berlaku.

“Saya mahu menunjukkan bagaimana gangguan boleh berlaku di siang hari dan bagaimana ia boleh membuat orang tidak selesa dan beredar dari tempat itu,” katanya.

Shoshana pula berkata berjalan kaki adalah perkara rutin hariannya.

“Saya diganggu apabila saya senyum dan saya juga diganggu apabila saya tidak senyum.

“Tidak pernah satu hari pun saya tidak mempunyai pengalaman seperti ini,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.