Video: Ops Cegah Maksiat Istihar Perang, RM5.24 Juta Barangan Dirampas

Kuala Lumpur – Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan bin Hj. Md Ikshan berkata pihak kementerian akan terus komited membanteras aktiviti maksiat dan perjudian di sekitar ibu kota.

“Ini adalah merupakan operasi kami yang ke-5 dalam usaha membanteras aktivit haram.

“Sebelum ini kami tumpu pada permis perjudian, namun hasil maklumat (dan risikan) yang dilakukan sebahagian pusat-pusat judi itu telahpun ditutuplebih awal (bagi mengelakkan diserbu).

“Disebabkan itu, operasi kami pada malam ini lebih tertumpu kepada permis ruamh-rumah urut yang tidak berlesan” katanya ketika ditemui dalam Operasi Banteras Aktivit Haram (Ops BAH) awal pagi tadi.

Dalam operasi yang diadakan pada malam tadi, pihak kementerian dengan kerjasama anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan serbuan keatas permis-permis rumah urut dan maksiat disekitar kawasan Segambut, Kepong dan Seputeh.

Dengan kekuatan 450 anggota, operasi tersebut turut dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis DIraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurut Adnan nilai rampasan sehingga kini berjumlah RM5.24 juta yang melibatkan peralatan speerti komputer, modem, router, televisyen, mesin-mesin judi dan sebagainya.

“Pada operasi kali ini, ia turut melibatkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Pesekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan UiTM sebagai pemerhati yang mewakili pengguna, penduduk dan pemimpin tempatan.

“Kmai mengistiharkan perang terhadap pusat siber yang menjalankan aktiviti judi haram dan lain-lain aktiviti yang kurang sihat demi kesejahteraan penduduk di ibukota” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.